26 motosikal musnah kebakaran parkir UniMAP

26 motosikal musnah kebakaran parkir UniMAP

Kejadian kebakaran kawasan parkir asrama lelaki UniMAP yang memusnahkan 26 motosikal itu dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi tadi.

26 MOTOSIKAL TERBAKAR
Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata polis masih menyiasat punca kejadian kebakaran parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). (Gambar PDRM)
KANGAR:
Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba.

“Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.