Jangan kompromi pendekatan kesederhanaan, seru Zahid

Jangan kompromi pendekatan kesederhanaan, seru Zahid

Pendekatan kesederhanaan harus sentiasa diterapkan, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

zahid hamidi
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi merasmikan penutupan persidangan Majlis Ulama Asia 2024.
KUALA LUMPUR:
Pendekatan kesederhanaan harus sentiasa diterapkan bagi menghilangkan gambaran ekstremisme, tegas Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

“Ia mesti dilakukan sebagai perkara penting bagi menghilangkan gambaran kononnya Islam ini promosikan ekstremisme, maka soal kesederhanaan tak ada kompromi,” katanya pada sidang media selepas penutup Persidangan Majlis Ulama Asia 2024.

Zahid berkata perkara ini turut ditekankan oleh Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Mohammed Abdulkarim Al-Issa, dalam mesejnya kepada dunia Islam.

Katanya, perlu ada penyatuan dalam kalangan ulama, dari segi tindakan-tindakan secara pendekatan sederhana, “tanpa kira batas waktu dan sempadan negara”.

Isu perpaduan dalam kalangan umat Islam menjadi tajuk utama persidangan Majlis Ulama Asia, yang bersidang sejak semalam di sebuah hotel di ibu negara.

Ia dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama MWL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.