Rasuah: 3 termasuk pengurus besar agensi kerajaan direman 4 hari

Rasuah: 3 termasuk pengurus besar agensi kerajaan direman 4 hari

Mereka direman hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga suspek ditahan semalam kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan semalam, direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.

Mereka direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009, menurut Harian Metro.

Manakala seorang lagi pegawai kanan pula disambung reman selama tiga hari bermula esok sehingga Khamis mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Media semalam melaporkan tiga pegawai kanan agensi kerajaan berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Tiga daripada mereka dipercayai ditahan 7.30 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

Seorang daripada mereka ditahan pada 30 April lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu dan ditahan reman selama enam hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.