
Tertuduh berusia 47 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid, menurut Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak saudaranya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Air Hitam, di sini, pada petang awal Februari lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun tahun dan sebatan.
Tertuduh sebelum ini didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diperintah menjalani hukuman penjara sejak 2000.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
Mahkamah kemudiannya menetapkan esok untuk sebutan semula kes, permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.