
Ketua Polis Ampang, Mohd Azam Ismail, berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan pada 10.30 malam susulan laporan dibuat nenek mangsa Ahad lepas, selepas mendapati cucunya itu mengalami luka di bahagian kepala, lengan selain terdapat kesan melecur.
Kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa dan adik perempuannya berumur setahun itu memberitahu neneknya bahawa dia didera semasa berada di rumah.
Kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.
Azam dalam kenyataan berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera lama dan baharu pada badan kanak-kanak itu, dan suspek disyaki mendera kanak-kanak itu kerana dikatakan lasak.
Beliau berkata saringan ujian air kencing mendapati suspek yang bekerja sambilan sebagai penghantar minyak itu positif dadah, dan mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes narkotik.
Suspek kini direman hingga 8 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak.