JPV buka kertas siasatan kes bakar kucing

JPV buka kertas siasatan kes bakar kucing

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Sebelum ini, tular satu rakaman video menunjukkan dua daripada tiga lelaki menyimbah bahan bakar sebelum menyalakan api pada anak kucing di sebuah flat di Kajang.
PUTRAJAYA:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes kucing dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini, pada 22 April lepas.

Dalam kenyataan hari ini, JPV memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

“DVS ingin memaklumkan bahawa kucing tersebut berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan pegawai veterinar DVS Selangor,” kata DVS yang turut meminta orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi atau tindakan yang boleh mengganggu siasatan kes.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ka atas anak kuching dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

DVS turut mengesahkan menerima laporan daripada pihak IPD Hulu Langat pada 24 April berhubung kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.