Polis tahan 11 individu terlibat tawar kerja palsu, pelaburan tak wujud

Polis tahan 11 individu terlibat tawar kerja palsu, pelaburan tak wujud

Siasatan awal mendapati ahli sindiket menyasarkan mangsa dari luar negara menggunakan Facebook dan Telegram.

Suspek-suspek yang ditahan polis dalam serbuan sekitar Johor Bahru pada Isnin terdiri daripada 8 lelaki dan seorang wanita warga asing, serta 2 lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 45 tahun.
PETALING JAYA:
Seramai 11 individu ditahan dalam serbuan di sekitar Johor Bahru pada Isnin kerana disyaki terlibat dengan tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata, suspek-suspek yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing, serta dua lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 45 tahun.

Polis turut merampas antaranya 41 unit telefon bimbit, enam unit komputer dan tiga kad ATM dalam serbuan kira-kira 6 petang di dua unit kediaman itu.

“Siasatan awal mendapati ahli sindiket menyasarkan mangsa dari luar negara dengan menggunakan Facebook dan Telegram,” katanya, lapor Bernama.

Tambahnya, sindiket itu dipercayai menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran, selain menawarkan penjualan talian telefon bimbit luar negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.