Budak 9 tahun lemas jatuh longkang

Budak 9 tahun lemas jatuh longkang

Mangsa dilaporkan jatuh ke dalam longkang sedalam hampir satu meter di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang petang tadi.

budak lemas
Menurut bomba, mayat mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM Selangor)
KUALA LUMPUR:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtar, berkata mayat mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi kejadian pada 6.30 petang.

Menurutnya, mereka menerima panggilan kecemasan pada 5.28 petang dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dengan kekuatan lapan pegawai dan angggota dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan, mangsa dilaporkan jatuh ke dalam longkang kedalamannya hampir satu meter dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.