
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata semua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, polis juga mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlaku kes itu.
“Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang, malam tadi.
Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.