Amang seksual remaja, inspektor polis ditahan kerja

Amang seksual remaja, inspektor polis ditahan kerja

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, suspek akan ditahan kerja sehingga mendapat keputusan kes di mahkamah.

Polis berkata, reman pegawai polis berusia 29 tahun itu yang bermula 23 April lalu tamat hari ini dan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 16 tahun pada 22 April lepas akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, reman lelaki 29 tahun itu bermula 23 April lalu tamat hari ini dan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek dalam proses tindakan tahan kerja dan surat tahan kerja akan diedar selepas mendapat arahan Bukit Aman.

“Tindakan tahan kerja akan dikenakan sehingga mendapat keputusan kes di mahkamah,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini.

Lelaki terbabit ditahan di sekitar Seri Alam, di sini, pada 22 April lalu selepas laporan polis dibuat mangsa pada hari sama kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Johor Jaya, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu yang bertugas di IPD Pontian disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.