Deposit RM2 juta, beli rumah RM1.5 juta syarat PR Sarawak, kata Abang Jo

Deposit RM2 juta, beli rumah RM1.5 juta syarat PR Sarawak, kata Abang Jo

Premier Sarawak berkata syarat itu tidak bebankan komuniti niaga yang minat berhijrah atas alasan ekonomi.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata negeri itu sudah berada dalam kelompok tiga teratas dalam sudut ekonomi mengatasi Johor.
PETALING JAYA:
Kerajaan Sarawak mensyaratkan individu terutama ahli perniagaan mendepositkan RM2 juta dan membeli hartanah minimum RM1.5 juta, jika berhasrat menjadi pemastautin tetap (PR) di negeri itu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata deposit perlu dimasukkan dalam bank milik kerajaan negeri sebelum diterima menjadi PR.

“Sekarang ramai ahli perniagaan menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Sarawak kerana ekonomi kita semakin kukuh dan sudah berada dalam kelompok tiga teratas di negara ini mengatasi Johor,” katanya menurut Harian Metro di Tebingan Kuching.

Abang Johari berkata, sebagai komuniti perniagaan, beliau yakin bukan masalah bagi mereka mematuhi syarat ditetapkan, selain menyumbang idea baharu dalam pembangunan ekonomi Sarawak.

“Syarat seperti harus membeli rumah minimum pada harga RM1.5 juta akan menjana pembangunan perumahan Sarawak dan mereka hanya akan diberi taraf PR bukan terus mendapat taraf kerakyatan Sarawak.

“Itu pastinya mereka mampu. Asal jangan berbini baru (berkahwin lain) sahaja, nanti timbul pula masalah keluarga, kecuali jika memang dibenarkan (berkahwin baharu),” selorohnya.

Abang Johari berkata, konsep itu diamalkan di Singapura sehingga seorang menteri di republik itu berasal dari Miri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.