
Katanya, syarikat itu mahu pun Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Lim Kok Thay tidak terbabit dalam perbincangan atau mesyuarat berkaitan pembukaan kasino itu.
“Tuduhan itu tidak benar,” katanya dalam kenyataan susulan laporan media mendakwa syarikat itu dan Lim menyertai perbincangan berkaitan.
Genting Malaysia menggesa semua pihak menghentikan penyiaran atau penerbitan serta penyebaran maklumat salah, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberi penjelasan sewajarnya kepada orang ramai bagi mengelak kekeliruan lanjut.
Syarikat itu juga tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut yang dianggap wajar untuk melindungi kepentingan dan pihak berkepentingannya.