
Mengingatkan keluarga mangsa dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu, pengadu iaitu Wat Kamal Abas berkata “perkataan biadap” itu tidak patut dikeluarkan.
“Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran,” katanya selepas membuat laporan di IPD Kerian semalam, lapor Bernama.
Menurut Wat Kamal, komentar itu dibuat di platform X.
Semalam, dua helikopter TLDM bertembung di udara ketika menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Pesawat itu kemudian terhempas di dua lokasi, iaitu Stadium TLDM Lumut dan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut, mengorbankan 10 orang terdiri kru dan penumpang.