
Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat dalam kalangan komponen kerajaan perpaduan menunjukkan sokongan penuh kepada calon pemerintah.
“Itulah komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan kita dalam BN,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.
“Kami akan fokus pada pilihan raya dan bekerja keras.”
Mengulas perselisihan antara DAP dan MCA menjelang PRK, Fahmi mengingatkan bahawa sifat demokrasi adalah rencam.
“Walaupun ada beza pandangan, akan usaha untuk kebaikan yang lebih besar. Yang penting calon kerajaan perpaduan menang di Kuala Kubu Baharu.”
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan selepas penyandang tiga penggal daripada DAP, Lee Kee Hiong, meninggal dunia pada 21 Mac akibat barah.
Sebelum ini, MCA dilaporkan tidak akan terlibat dengan kempen pilihan raya jika calonnya bukan daripada BN.
Menjelaskan pendirian tersebut, Wee berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP.
Di sebalik laporan lalu bahawa MIC tidak akan terlibat, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata beliau dihubungi Presiden SA Vigneswaran yang memaklumkan laporan itu tidak betul dan beliau sendiri akan turun membantu kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi jatuh pada 11 Mei, dengan 27 April sebagai penamaan calon.