
Beliau berkata, mereka sedia “menambahkan lagi” keretakan hubungan parti berkenaan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kempen PRK itu nanti.
“(Hubungan) dia sudah retak, kita akan pecahkan lagi menjadi belah. Itu kerja politik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini, menurut Berita Harian.
Sebelum ini, MCA dilaporkan membuat keputusan untuk tidak turun berkempen untuk PRK 11 Mei itu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada Barisan Nasional (BN).
Walaupun Presiden MIC S A Vigneswaran sebelum itu dilapor berkata partinya tidak akan turun berkempen, Pengerusi PH Anwar Ibrahim kemudiannya menafikan dakwaan itu.
Mengulas lanjut, Sanusi yang juga menteri besar Kedah berkata beliau akan menerima keputusan PN mencalonkan sesiapa saja untuk bertanding mewakili gabungan itu nanti.
Katanya, cadangannya yang mahukan calon Melayu mewakili PN sebelum ini adalah pandangan peribadi.
“Bila bawa ke mesyuarat dan diputus macam itu, kita akan ikut keputusan mesyuarat,” katanya.
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu akibat barah.