Kerajaan Selangor tak batal rumah terbuka Bersatu, kata pembantu MB

Kerajaan Selangor tak batal rumah terbuka Bersatu, kata pembantu MB

Jay Jay Denis menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali bahawa venue sudah dikhaskan bagi acara lain.

Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali mendakwa kerajaan negeri membatalkan rumah terbuka Aidilfitri dirancang Bersatu pada Ahad.
PETALING JAYA:
Seorang pembantu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali bahawa kerajaan negeri membatalkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dirancang Bersatu pada Ahad.

Azmin dalam catatan Facebook malam tadi mendakwa kerajaan negeri membatalkan rumah terbuka yang akan dianjurkan Bersatu di Pusat Perdagangan Ara di Batang Kali, Hulu Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan alasan kerajaan negeri tidak membenarkan majlis itu diteruskan.

Setiausaha Akhbar Amirudin, Jay Jay Denis berkata, venue itu sudah dikhaskan untuk acara lain.

“Azmin sepatutnya bertanggungjawab atas perancangan saat akhir yang tidak cekap untuk rumah terbuka raya, bukannya salah tuduh kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Azmin mengemas kini catatan Facebooknya dengan menyatakan rumah terbuka itu akan diteruskan di pusat rekreasi Lembah Fraser Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.