
Beliau berkata, semoga keluarga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
itu tabah dan kuat dalam menerima khabar duka pemergian Kurup.
“Jasa dan pengorbanan mendiang sewaktu menjadi menteri di peringkat persekutuan dan negeri, pastinya akan dikenang rakyat serta negara,” katanya di Facebook.
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, menyifatkan mendiang seorang rakan yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti ketika susah dan senang.
“Mendiang merupakan seorang rakan yang pernah berada bersama dalam Kabinet, seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
“Pemergian beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, menyifatkan pemergian Kurup sebagai kehilangan besar bagi kerajaan negeri.
Katanya, mendiang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang luar biasa dan berpengalaman.
Kurup yang juga ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu bersara daripada politik Januari tahun lalu selepas memegang jawatan presiden PBRS sejak penubuhan parti pada Mac 1994.