Malaysia anjur Persidangan Ulama Sedunia pada Mei, kata Fahmi

Malaysia anjur Persidangan Ulama Sedunia pada Mei, kata Fahmi

Sidang itu akan berlangsung di Petaling Jaya pada 7 dan 8 Mei.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata penganjuran persidangan itu telah diluluskan Jemaah Menteri. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Muslim World League dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata perkara itu diluluskan Jemaah Menteri selepas menerima memorandum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

“Kerajaan memberikan sokongan kepada penganjuran persidangan itu dengan harapan ia akan berupaya untuk mengumpulkan sejumlah ulama bagi membincangkan perkara-perkara terkini termasuk tentang sikap ekstremisme yang berlaku dalam dunia Islam hari ini,” katanya kepada media.

Persidangan Ulama Sedunia kali ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor yang melibatkan 20 negara, dengan menekankan konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.