Kerajaan perpaduan bincang peruntukan pembangkang

Kerajaan perpaduan bincang peruntukan pembangkang

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof itu bermula 5.30 petang.

Antara yang hadir adalah presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu serta pimpinan tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini mengesahkan satu mesyuarat akan berlangsung petang ini bagi membincangkan mengenai agihan peruntukan kepada pembangkang.

Pada 13 April lalu Fadillah berkata tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini.

Fadillah berkata, hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.