Cubaan seleweng 3.6 tan minyak sawit mentah gagal

Cubaan seleweng 3.6 tan minyak sawit mentah gagal

Pemandu lori berusia 36 tahun ditahan bersama bahan komoditi itu untuk siasatan mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Pemandu lori ditahan bersama muatan minyak sawit mentah semalam. (Gambar Facebook PPM W4 Sabah)
PETALING JAYA:
Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 3.6 tan minyak sawit mentah dipercayai cuba diseleweng di Batu 25, Jalan Sandakan, Sabah.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Ahmad Ariffin berkata, pasukan operasi terserempak sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan pada 6.40 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati ia membawa muatan disyaki minyak sawit mentah tanpa sebarang dokumen sah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 36 tahun ditahan bersama bahan komoditi itu untuk disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Menurutnya, keseluruhan rampasan termasuk lori itu dianggarkan berjumlah RM58,870 berdasarkan harga pasaran semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.