
SKMM menghubungi pengendali terbabit untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, ia memandang serius penularan video tersebut dengan tajuk “yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam”.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyeru orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalar imej kerajaan dan perkhidmatan awam.
Pesanan itu menjelaskan video lama yang tular di media sosial hari ini, memaparkan polis bantuan ‘menghalang’ seorang individu menaiki pentas Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali di suatu majlis.
Menurut JPA, kejadian yang dipaparkan oleh video pudar itu sebenarnya simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan situasi serangan provokatif.