Hamzah Ahmad Ketua Polis P Pinang baharu

Hamzah Ahmad Ketua Polis P Pinang baharu

Beliau antara tiga pegawai kanan polis yang diumumkan pertukaran jawatan serta kenaikan pangkat oleh Bukit Aman, hari ini.

Hamzah Ahmad dilantik sebagai ketua polis Pulau Pinang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hamzah Ahmad dilantik sebagai ketua polis Pulau Pinang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Hamzah antara tiga pegawai kanan polis yang diumumkan pertukaran jawatan serta kenaikan pangkat oleh Bukit Aman, hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia Alzafny Ahmad dalam kenyataan berkata kesemua pertukaran jawatan membabitkan tiga pegawai kanan itu berkuat kuasa 13 Mei.

Beliau berkata Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali akan kekal dengan jawatan sama dengan memangku pangkat CP.

Turut bertukar ialah Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman Lim Joo Soon yang dilantik sebagai timbalan pengarah (Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.