
Katanya, kaedah itu membolehkan projek berkeperluan khusus dapat dibangunkan dengan lebih cepat berbanding menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan.
“Kita sedang kaji mekanisme di mana kerajaan negeri boleh bangunkan projek terbengkalai termasuklah sekolah daif, selepas itu mekanisme membayar balik kepada kerajaan negeri kerana pendidikan dan klinik masih di bawah persekutuan.
“Apa kita buat ialah satu kerjasama erat antara negeri dan persekutuan kita dahulukan pembangunan tersebut dengan dana yang ada di Sarawak di sebabkan ini tanggungjawab persekutuan, maka kita ada mekanisme bagaimana mereka boleh bayar balik kepada Sarawak,” katanya, kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di Kuching.
Perkara itu sudah dibincangkan dan mendapat persetujuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, katanya.
“Ini percepatkan perkara yang sangat mustahak iaitu klinik, termasuk rumah pegawainya, jururawat dan sebagainya, sekolah termasuk kuarters guru yang baik dan lebih selesa
“Dari segi pentadbiran sudah dipersetujui antara perdana menteri dan saya, di peringkat pegawai juga setuju cara-caranya, yang penting bagaimana mekanisme bayaran balik antara pihak kementerian kewangan dan pihak kita,” katanya.
Langkah itu yang pertama kali diwujudkan oleh negeri juga membolehkan rakyat Sarawak mendapat perkhidmatan terbaik.
“Bukan bermakna Sarawak banyak duit. Apa kita kerjakan ialah kalau Sarawak ada dana membantu pusat kita guna. Yang penting rakyat dapat sekolah, klinik, selesa dan dapat beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Sekarang sudah ada satu jawatankuasa dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri Sarawak, dan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.