KPJ rai petugas barisan depan dan pesakit sempena Aidilfitri

KPJ rai petugas barisan depan dan pesakit sempena Aidilfitri

Presiden KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, melawat mereka bersama sumbangan bagi menzahirkan sokongan dan penghargaan.

Presiden KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, memberikan sumbangan Hari Raya kepada seorang pesakit di Hospital Pakar KPJ Damansara.
PETALING JAYA:
Ketika negara menyambut Aidilfitri, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) meraikan kakitangan, pesakit dan petugas barisan depan yang telah banyak berkorban, terutama mereka yang tidak dapat bersama keluarga untuk hari raya.

Pada hari pertama Aidilfitri, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, melawat mereka bersama sumbangan bagi menzahirkan sokongan dan penghargaan.

Beliau melawat pesakit dan petugas di Hospital Pakar KPJ Damansara dan Hospital Pakar Damansara 2, serta Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail.

Inisiatif ini sebahagian program komuniti Jalinan Kasih, yang mana KPJ Healthcare menyampaikan bantuan semasa Ramadan di samping menyantuni golongan gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Chin berkata inisiatif ini membuktikan komitmen KPJ Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip “Care for Life” kepada komuniti.

“Syarikat akan terus berusaha untuk meningkatkan penjagaan yang mengutamakan pesakit atau ‘patient-centric’ di samping memastikan penduduk di kawasan berdekatan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan.

Chin menambah dedikasi dan pengorbanan petugas barisan depan memberi inspirasi yang cukup bermakna, terutama ketika negara dilanda wabak Covid-19.

“Kami berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut serta ingin terus bersatu dan bersama-sama mengembleng tenaga demi memenuhi komitmen untuk berkhidmat kepada negara tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, anak syarikat KPJ Healthcare, Total Meal Solution, menyediakan hidangan khas untuk para pesakit yang dapat menikmati juadah tradisional seperti rendang dan nasi himpit.

“Dedikasi KPJ Healthcare dalam menyediakan makanan berkualiti mencerminkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan yang komprehensif dan penuh belas kasihan, mengutamakan setiap aspek pengalaman pesakit untuk kesejahteraan dan keselesaan secara keseluruhan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.