Trafik menghala keluar dari Lembah Klang terkawal

Trafik menghala keluar dari Lembah Klang terkawal

Bagi arah ke utara trafik perlahan hanya dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan dari Slim River menuju ke Sungkai.

Bagi laluan ke selatan, kesesakan berlaku dari Nilai menuju ke Bandar Ainsdale. (Gambar Plusline X)
KUALA LUMPUR:
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal malam ini dengan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi arah ke utara trafik perlahan hanya dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Slim River menuju ke Sungkai.

“Pengguna lebuh raya menghala ke utara bagaimanapun dinasihatkan berhati-hati kerana cuaca hujan lebat di beberapa kawasan di Perak antaranya di Gua Tempurung dan Terowong Menora,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Dalam pada itu, bagi laluan ke selatan, kesesakan berlaku dari Nilai menuju ke Bandar Ainsdale dan bagi laluan ke Pantai Timur kesesakan berlaku di kilometer 28 hingga ke Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah dan dari Lentang ke Bentong.

Hanya dua lorong Smart Lane masih diaktifkan iaitu dari Nilai ke Bandar Ainsdale dan Setia Tropika ke Pasir Gudang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.