Pendirian PAS enggan boikot KK Mart tak cukup tarik sokongan bukan Melayu

Pendirian PAS enggan boikot KK Mart tak cukup tarik sokongan bukan Melayu

Penganalisis berkata sejarah parti tidak bertolak ansur terhadap orang bukan Islam terus menjauhkan pengundi bukan Melayu.

Penganalisis politik Mazlan Ali berkata pendirian PAS yang enggan menyokong kempen boikot KK Mart bertentangan dengan kenyataan kontroversi parti itu yang dibuat sebelum ini.
PETALING JAYA:
Keengganan PAS menyokong kempen memboikot KK Mart yang terajui Umno susulan kontroversi stoking tertera kalimah Allah, tidak cukup untuk memenangi sokongan komuni bukan Melayu, kata penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata pendirian PAS dalam isu itu bertentangan dengan pendiriannya dalam pelbagai isu kaum dan agama sebelum ini.

Mazlan Ali.

Bercakap kepada FMT, katanya pendirian parti itu terhadap kempen boikot sahaja tidak akan memenangi sokongan orang bukan Melayu terutama orang Cina.

Orang Cina kata Mazlan, sebahagian besarnya “strategik” dalam sokongan politik, dan tidak akan menyokong sesuatu parti berdasarkan tindakan pada secara luaran sahaja.

“Isu terdahulu antaranya seperti kenyataan perdana menteri bukan Melayu oleh Lim Kit Siang, pilihan raya tempatan, dan pembukaan kantik ketika Ramadan, menunjukkan reaksi PAS yang tidak bertolak ansur dengan orang bukan Islam.

“Hanya kerana PAS tidak menyokong boikot KK Mart, ia tidak bermakna komuniti Cina menilai PAS sebagai parti yang mempunyai pandangan (pelbagai kaum) sama seperti komponen Pakatan Harapan,” katanya.

Pada minggu lalu, Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya berkata parti itu tidak akan menyertai kempen boikot KK Mart yang diterajui Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di cawangan kedai itu di Bandar Sunway.

Mengulas kenyataan itu, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata PAS tidak seperti Umno, menerapkan “pendekatan praktikal dalam politik Malaysia” dan menunjukkan ia “memahami domestik dan geopolitik dengan baik”.

“Wajar untuk tidak menjadi anti-Cina demi kebaikan orang Melayu dan negara,” kata bekas ahli Umno itu kepada FMT, tambahnya kedudukan komuniti Cina dalam ekonomi domestik juga bertapak dengan baik.

“Tiada tindakan bersifat rasis dan boikot akan memberikan kesan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata pendirian PAS dalam isu itu membuktikan parti itu realistik dan memahami sifat negara yang pelbagai bangsa.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Katanya, pemimpin muda seperti Ahmad Samsuri Mokhtar dan Afnan Hamimi Taib Azamudden perlahan-lahan membawa parti menuju ke arah lebih sederhana, walaupun kepimpinan Presiden Hadi Awang lebih kepada pendirian konservatif.

Fauzi berkata PAS akan menjadi lebih rasional apabila Hadi berundur sebagai presiden.

“Benar PAS masih mempunyai beberapa kelemahan dan terlalu konservatif, tetapi ia perlahan-lahan berubah.

“Mereka tidak menyasarkan (untuk berubah) dalam lima ke 10 tahun. PAS tidak tergesa-gesa untuk berkuasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.