
Beliau berkata, pendekatan keseluruhan kerajaan menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam pelaburan teknologi hijau.
“Hal ini jelas menunjukkan prospek Malaysia dalam pelaburan teknologi hijau. Dimaklumkan juga bahawa majoriti projek teknologi hijau yang diluluskan adalah bagi segmen projek solar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dominic Lau yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini pelan strategik kerajaan untuk meningkatkan pelaburan teknologi hijau.
Liew berkata, kerajaan juga telah menambah baik Insentif Teknologi Hijau melalui pendekatan berperingkat untuk menggalakkan lagi pelaburan.
Menurutnya, insentif tersebut kini meliputi aktiviti pelaburan hijau yang lebih meluas, termasuk hidrogen hijau, stesen pengecasan kenderaan elektrik dan tenaga angin.