
Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata, pada masa akan datang, Bersatu akan memastikan segala tindakannya menepati perlembagaan dan undang-undang.
“Bersatu menzahirkan terima kasih kepada JPPM kerana meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu yang telah diluluskan sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti pada 2 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi media sosialnya memuat naik surat bertarikh 1 April yang ditandatangani Ketua Pengarah JPPM Mohd Zulfikar Ahmad, memaklumkan pengesahan kelulusan pindaan perlembagaan parti itu.
Perhimpunan agung Bersatu pada 2 Mac lepas meluluskan pindaan terhadap Perkara 10 perlembagaan parti yang melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan terhadap pihak lain bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.
Susulan pelucutan keahlian, wakil-wakil rakyat tersebut mesti mengosongkan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada PRK.