Beri diskaun khas bil elektrik ketika panas melampau, kerajaan diberitahu

Beri diskaun khas bil elektrik ketika panas melampau, kerajaan diberitahu

Naib Ketua Pemuda Amanah Ammar Atan berkata diskaun khas itu bagi mengurangkan beban rakyat menanggung kenaikan bil elektrik ketika fenomena panas melampau.

Pemuda Amanah berkata mekanisme diskaun khas bil elektrik perlu diwujudkan dan diteruskan pada musim panas melampau akan datang.
PETALING JAYA:
Pemuda Amanah mencadangkan kerajaan memberi diskaun khas bil elektrik bagi mengurangkan beban rakyat menanggung kenaikan bil elektrik ketika fenomena panas melampau.

Naib Ketuanya Ammar Atan berkata sayap itu mencadangkan diskaun khas bil elektrik diperkenalkan hanya untuk musim panas melampau.

“Saya yakin Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan diskaun khas bil elektrik ini dan mekanisme ini dapat diteruskan pada semua musim panas akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Negara merekodkan 28 kes penyakit berkaitan cuaca panas, termasuk kematian seorang lelaki 22 tahun di Pahang akibat strok haba setakat 25 Mac lalu.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran gelombang haba di beberapa negeri dengan suhu maksimum antara 37 dan 40 darjah celsius sejak 19 Mac lalu, selain meramalkan cuaca kering serta panas dengan suhu melebihi 35 darjah celsius di kebanyakan tempat hingga bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.