
Beliau berkata, serangan melibatkan pelbagai pihak itu bukan sahaja bertujuan untuk mengintip pergerakan Malaysia terhadap konflik yang berlaku di Gaza itu, malah mereka turut menggodam sistem pertahanan negara.
“Jumlah serangan meningkat selepas Malaysia menyatakan pendirian dalam isu Palestin. Mereka bukan sahaja mungkin berjaya godam sistem kita, tapi yang penting mereka dapat masuk, mengintip dan mendengar selain meninjau pergerakan dan perbualan kita seperti dalam isu Palestin dan sebagainya.

“Jadi bukan sahaja (serangan) kita nampak dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk siber sekuriti, setiap hari lebih kurang 3,000 serangan, usaha-usaha dilakukan untuk masuk dalam sistem kita oleh pelbagai pihak, siapa pihaknya tidak perlu bagi tahu,” katanya menurut Bernama di Johor Bahru.
Berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Khaled berkata Kementerian Pertahanan sedia membantu polis.
“Soal ini kalau ada diminta (bantuan) kita sedia bantu, tetapi soal keselamatan dalam negara bawah bidang kuasa polis. Kita percaya mereka mampu jalankan tanggungjawab untuk siasat perkara ini.
“…tetapi di peringkat kementerian, kita juga akan pertingkatkan kawalan keselamatan negara agar terus terjaga,” katanya.