
Menurut status di laman Facebook Padu Official, Selangor merekodkan 1.56 juta individu mengemas kini data, manakala Johor (1.10 juta); Perak (0.98 juta); Sarawak (0.90 juta); Sabah (0.83 juta); dan Kedah (0.76 juta).
Selain itu, Kelantan mencatat 0.67 juta individu mengemas kini data; Kuala Lumpur (0.57 juta); Pulau Pinang (0.56 juta); Pahang (0.55 juta); Terengganu (0.46 juta); Negeri Sembilan (0.42 juta); Melaka (0.30 juta); Perlis (0.11 juta); Putrajaya (0.03 juta); dan Labuan (0.02 juta).
Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem Padu ditutup esok, sama ada menerusi laman sesawang atau di kaunter berdekatan.