2 pelajar Malaysia maut, 3 cedera kemalangan di New Zealand

2 pelajar Malaysia maut, 3 cedera kemalangan di New Zealand

Kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal itu dilaporkan berlaku berdekatan Lake Pukaki.

Kemalangan yang mengorbankan 2 pelajar Malaysia berlaku di State Highway 8, berhampiran Lake Pukaki, New Zealand pada 1.30 tengah hari waktu tempatan. (Gambar Pexels)
KUALA LUMPUR:
Dua pelajar Malaysia terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di South Island, New Zealand.

Dalam kenyataan, Wisma Putra memaklumkan, tiga lagi pelajar Malaysia yang turut terbabit dalam kemalangan sama telah diterbangkan ke Hospital Christchurch untuk mendapatkan rawatan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar,” katanya.

Merakamkan ucapan takziah, Wisma Putra turut menyatakan kesediaan pihaknya dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia membantu sekiranya waris mahu membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Terdahulu, media tempatan New Zealand melaporkan kejadian berlaku di State Highway 8 berdekatan Lake Pukaki pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia).

Menurut laporan memetik polis tempatan, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal dan beberapa mangsa lain yang cedera perlu dikeluarkan kerana tersepit di dalam kenderaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.