Kenderaan rasmi baharu bukan kereta mewah, Sanusi pertahan

Kenderaan rasmi baharu bukan kereta mewah, Sanusi pertahan

Menteri Besar Sanusi Nor pertahan pembelian kenderaan rasmi baharu oleh kerajaan Kedah.

Sanusi Nor berkata kenderaan baharu yang dibeli kerajaan negeri tidak mahal. (Gambar Hyundai Malaysia)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, mempertahankan pembelian kenderaan rasmi baharu jenis Hyundai Palisade, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi menggantikan kereta Mercedes Benz sebelum ini.

Menurutnya, SUV itu tidak mahal manakala kos membaiki kereta lama boleh mencapai puluhan ribu ringgit.

“Setiap kali baiki kena sampai RM50,000,” katanya lapor Harian Metro.

“Kereta baru bukan kereta mewah, biasa-biasa saja. Kalau saya nak beli sendiri pun, saya ada duit, dua buah boleh beli.”

Sebelum ini, tular di media sosial isu SUV Hyundai Palisade yang digunakan Sanusi.

Sanusi berkata pembelian oleh kerajaan negeri itu berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

“Sebulan berpuluh ribu kilometer perjalanan, jadi kena kereta yang lasak sikit,” katanya.

Sanusi menambah kerajaan Kedah tidak beli kereta untuk kegunaan menteri besar sejak Mei 2020, dan sebelum ini beliau hanya menggunakan kereta dibeli menteri besar terdahulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.