Disyaki lari daripada polis, remaja ‘panik’ lemas terjun sungai

Disyaki lari daripada polis, remaja ‘panik’ lemas terjun sungai

Jeritan mangsa menjerit meminta tolong didengar dua polis ketika pemeriksaan di sebuah jeti di Marang.

Ketua Polis Marang Mohd Razman Setapa, berkata operasi mencari dan menyelamat mengambil masa empat jam untuk bawa keluar mayat remaja berusia 18 tahun itu. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Mayat remaja ditemukan awal pagi tadi dipercayai lemas selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Mangsa berusia 18 tahun itu terjun ke Sungai Kerak, Marang, pada 11.25 malam tadi, sebelum mayat ditemui pada 4.20 pagi.

Ketua Polis Marang Mohd Razman Setapa, berkata sebelum kejadian, dua anggota polis telah mengadakan pemeriksaan di dalam sebuah rumah berhampiran Jeti Sungai Kerak.

“Tidak lama kemudian, mereka mendengar jeritan remaja tersebut meminta tolong dari sungai tersebut.

“Tangannya dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam ke dasar sungai,” katanya kepada Kosmo.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamatkan terus digerakkan sebelum mayat remaja itu dijumpai lebih empat jam kemudian.

Katanya, mayat mangsa ditemui di dasar sungai sedalam kira-kira 2.5m, kira-kira 10m dari lokasinya disyaki terjun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.