
Beliau berkata, bantuan itu merangkumi penjawat awam bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan bawah pentadbiran SUK Selangor.
“Selain itu, pemimpin masyarakat seperti pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baharu dan ketua komuniti India, setiausaha MPKK, penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun.
“Penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang bekerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500,” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam Selangor.
Amirudin berkata, bantuan khas yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM45 juta itu akan disalurkan pada 8 April.