Pemandu bas ekspres rentung kemalangan di Gurun

Pemandu bas ekspres rentung kemalangan di Gurun

Kemalangan membabitkan bas ekspres dan treler itu berlaku di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun.

Keadaan bas ekspres yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, awal pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang pemandu bas ekspres rentung selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, Kedah, awal pagi tadi.

Sementara itu, empat penumpang dan pembantu pemandu bas selamat selain pemandu treler terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Mohd Fauzi Razali berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 4.02 pagi berhubung kejadian kemalangan membabitkan bas ekspres dan treler.

“Pemandu bas yang maut dianggarkan berusia 42 tahun manakala lima mangsa termasuk penumpang dan pembantu pemandu berusia antara 19 hingga 57 tahun dan pemandu treler berusia 32 tahun,” katanya menurut Berita Harian.

Operasi membabitkan anggota dari BBP Guar Chempedak, Aman Jaya, Pendang, dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gurun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.