2 keldai akaun ditahan, mangsa rugi RM24,480

2 keldai akaun ditahan, mangsa rugi RM24,480

Polis berkata, dua lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

Polis berkata, dua suspek ditahan selepas menjadi ‘keldai akaun’ sindiket memperdaya mangsa berhubung penipuan urusan pelaburan dan cabutan bertuah tidak wujud dalam talian.
BALIK PULAU:
Polis menahan dua “keldai akaun” kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kerugian RM24,480 dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki pertama berusia 21 tahun ditahan selepas menjadi “keldai akaun” sindiket memperdaya mangsa berhubung penipuan urusan pelaburan tidak wujud dalam talian.

Menurutnya, mangsa membuat enam transaksi dalam talian ke akaun bank lelaki berkenaan yang membabitkan jumlah keseluruhan RM20,503.

“Tangkapan kedua melibatkan lelaki 55 tahun yang menjadi “keldai akaun” sindiket memperdaya mangsa dengan menawarkan cabutan bertuah dalam talian tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa membuat transaksi RM3,977,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

Sementara itu, Kamarul Rizal berkata, polis menahan seorang lelaki 42 tahun yang memecah peti besi pos laju di Sungai Tiram, Bayan Lepas dipercayai untuk mengambil sampul duitnya yang termasuk dalam peti pos berkenaan semalam.

Katanya, penghantar makanan itu ditahan di Jalan Halaman Mayang 4, Bayan Baru susulan laporan polis berhubung kejadian pada Rabu lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek memecahkan peti besi pos laju itu untuk mengambil wang tunainya RM3,064 dalam satu sampul surat yang termasuk dalam peti pos laju berkenaan,” katanya sambil menambah lelaki itu direman sehingga 20 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.