
Kedua-dua suspek berusia 40-an dan 20-an itu ditahan pada 12 tengah hari, kata Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Mamat.
Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan semula lori tangki jenis Scania itu yang disembunyikan di Klang.
“Soal siasat lanjut mendapati suspek merupakan bekas pekerja syarikat lori berkenaan dan menggunakan kunci pendua untuk mencuri kenderaan itu,” katanya.
Wan Azlan berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari hingga Ahad dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) menerusi talian 03-78627100.
Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan, tambahnya.