Menteri kesihatan dimasukkan ke hospital

Menteri kesihatan dimasukkan ke hospital

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Kementerian Kesihatan memaklumkan Menteri Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan awal pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala “renal colic”.

Dalam kenyataan, Kementerian Kesihatan berkata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” menurut kenyataan.

Renal colic atau kolik buah pinggang adalah istilah perubatan untuk kesakitan yang mungkin dialami akibat batu karang.

Dzulkefly adalah naib presiden Amanah, menerajui Kementerian Kesihatan buat kali kedua susulan rombakan Jemaah Menteri Disember lalu.

Beliau kali pertama berkhidmat sebagai menteri kesihatan bawah kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.