6 ejen ‘top up’ judi dalam talian dicekup

6 ejen ‘top up’ judi dalam talian dicekup

JSJ Bukit Aman berkata, sindiket berselindung di sebalik premis telekomunikasi dan kedai serbaneka bagi mengelakkan aktiviti jual 'top up' dikesan.

Enam lelaki berusia 21 hingga 50 tahun ditahan di Kuala Selangor menerusi Op Dadu bermula 4 petang semalam.
PETALING JAYA:
Enam lelaki disyaki ejen menjual “top up” permainan judi dalam talian ditahan di Kuala Selangor semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, enam lelaki berusia 21 hingga 50 tahun itu ditahan dalam Op Dadu bermula 4 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman.

“JSJ merampas tujuh telefon bimbit, satu modem serta router, sehelai kertas tercatat nombor disyaki kata laluan ‘top up’ judi dalam talian dan lesen perniagaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya, sindiket judi dalam talian berselindung di sebalik premis telekomunikasi dan kedai serbaneka bagi mengelakkan aktiviti penjualan “top up” dikesan.

Ia berkata, modus operandi mereka ialah menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan nama pengguna (ID) serta kata laluan melalui WhatsApp daripada pengutip wang yang kemudian diberikan kepada penjudi.

“Urusan mencipta ID baharu, ‘top up’ dan menebus wang judi dalam talian diuruskan pengutip wang tersebut.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.