Dengar aduan rakyat, Pemuda Umno tubuh ‘task force’

Dengar aduan rakyat, Pemuda Umno tubuh ‘task force’

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata suara rakyat akan diangkat terus kepada pemimpin kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata pasukan petugas khas itu libat semua negeri. (Gambar Bernama)
PADANG BESAR:
Pemuda Umno menubuhkan pasukan petugas atau ‘task force’ aduan rakyat dalam usaha mendengar permasalahan sekali gus mengangkat isu berkenaan kepada kepimpinan kerajaan perpaduan.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh, berkata pasukan petugas itu melibatkan Pemuda di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.

“Kita akan pergi ke setiap pelosok dan kita nak dengar apa masalah isu nelayan dan juga mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)…kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping.

Turut hadir Ketua Umno Padang Besar Ruzaini Rais.

Justeru, Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda Umno di peringkat cawangan ataupun bahagian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.