Campak bayi baru lahir: Polis rakam keterangan 2 saksi

Campak bayi baru lahir: Polis rakam keterangan 2 saksi

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
PETALING JAYA:
Polis merakam keterangan dua individu yang menjadi saksi kejadian seorang bayi lelaki yang maut dipercayai dicampak dari sebuah sebuah kondominium di Sri Petaling semalam.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis, lapor Bernama.

“Sehingga kini polis masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, proses bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 2 petang tadi.

Semalam, seorang bayi lelaki baru lahir dan masih bertali pusat maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium.

Polis berkata, mangsa dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah.

Mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian dan siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.