
Katanya, Peraturan-peraturan Pegawai Awam meliputi aspek perkhidmatan serta tadbir urus manakala sebarang tindakan, pertikaian atau isu yang timbul berkaitan sesuatu perkara boleh dirujuk kepada pekeliling sedia ada.
“Memadai dengan jawatankuasa tatatertib yang ada. Pekeliling perkhidmatan awam juga sudah mencukupi,” katanya lapor Bernama di satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu.
Beliau mengulas cadangan Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Alwi Shakir Abdullah yang mahu Tribunal Penjawat Awam diwujudkan semula untuk digunakan penjawat awam jika merasakan penganiayaan berlaku terhadap mereka.
Alwi mencadangkan Tribunal Penjawat Awam yang dimansuhkan pada 2000 diwujudkan semula selepas mempersoalkan proses penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Ammar Abd Ghapar yang hanya diberikan notis lima hari.
Beliau berkata notis yang “amat singkat” itu mengundang imej dan persepsi tidak baik terhadap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Pada bulan, Ammar yang dilantik sebagai ketua pengarah pada April tahun lalu, mengesahkan kepada Malay Mail Online perkhidmatannya ditamatkan.