
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling petang tadi.
Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Balai Polis Sri Petaling menerima maklumat orang awam berhubung kes tersebut pada jam 2.30 petang.
“Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum tiba di lokasi kejadian.
“Mangsa dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah,” katanya dalam satu kenyataan.
Ku Mashariman berkata mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian dan siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.