Penjual ketam direman 3 hari kes hina Raja Perlis

Penjual ketam direman 3 hari kes hina Raja Perlis

Polis berkata, perintah reman terhadap lelaki 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Polis berkata, lelaki itu ditahan di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada 1.30 pagi tadi selepas menerima laporan daripada seorang lelaki 37 tahun semalam. (Gambar Rawpixel)
KANGAR:
Seorang penjual ketam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penghinaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman terhadap lelaki 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Katanya, lelaki itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 IPK Perlis di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada 1.30 pagi tadi selepas menerima laporan polis seorang lelaki 37 tahun semalam.

“Pengadu melayari Facebook dan melihat satu posting penghinaan Raja Perlis menggunakan akaun Facebook. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata, polis turut menerima laporan perbuatan khianat menyimbah cat merah terhadap sepanduk tertera gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Selasa lalu.

“Untuk kes simbah cat ini akan disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.