Menteri terima nota ugutan ‘jangan cabar Islam’

Menteri terima nota ugutan ‘jangan cabar Islam’

Polis berkata, usaha mengesan suspek terlibat giat dilakukan dan punca kejadian belum diketahui.

Polis berkata, banyak nota ugutan terhadap Nga Kor Ming ditemui bertaburan di depan rumah keluarganya di Ayer Tawar pagi tadi. (Gambar DAP)
PETALING JAYA:
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan di depan rumah keluarganya di Ayer Tawar, Manjung.

Ugutan tertulis “Nga Kor Ming jangan cabar Islam” itu ditemui ibu mangsa berumur 76 tahun ketika keluar rumah kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah berkata, usaha mengesan suspek terlibat giat dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan.

Katanya, banyak kertas mengandungi tulisan tertera perkataan dipercayai mempunyai niat tidak baik itu ditemui bertaburan di depan rumah keluarganya.

“Punca kejadian belum diketahui setakat ini,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah kes diklasifikasikan bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan individu mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.