Pemandu jengkaut maut tertimbus di Kuala Langat

Pemandu jengkaut maut tertimbus di Kuala Langat

Bomba mengambil masa 15 minit mengeluarkan mangsa tertimbus di sebuah lombong.

Seorang pemandu jengkaut berusia 38 tahun maut selepas tertimbus dalam insiden di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu, Kuala Langat. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu jengkaut maut tertimbus di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu, Kuala Langat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi susulan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Banting kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa terlibat merupakan lelaki warga tempatan berumur 38 tahun dipercayai tertimbus di lombong berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dalam runtuhan itu.

Beliau berkata, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.