
KSM dan Perkeso juga digesa supaya tidak terikat dengan struktur pendidikan yang ada sebaliknya melihat keperluan semasa tenaga buruh.
Anwar berkata tambah baik yang akan dibentang di Kabinet itu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan perkembangan dan perubahan dialami seluruh dunia.
Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso juga tidak seharusnya tidak terikat dengan struktur pendidikan sedia ada sebaliknya melihat keperluan semasa tenaga buruh.
“Kadang-kala kita terlalu terikat dengan peraturan lama dan hal baru tidak sampai kepada tenaga kerja kita.
“Kita mahu Malaysia hebat, maju dan bersaing dengan negara-negara maju. Namun ia tidak akan tercapai sekiranya tidak buat perubahan dan menggali instrumen baru (upskilling),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs Orang Kurang Upaya (OKU) dan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata program latihan mempunyai kepentingan kerana tidak semua ilmu pengetahuan ada dalam kaedah pengajaran formal atau kuliah, selain peredaran masa.
“Yang belajar IT (teknologi maklumat) di universiti lima tahun lalu tidak pernah terdedah sangat dengan OpenAI dan Chat GPT,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan insentif lebih RM9,000 kepada majikan bagi setiap pekerja digajikan di bawah kategori bekas banduan, pesara dan OKU menerusi Program Daya Kerjaya 2.0.