
Rafizi berkata, wujud potensi bagi kedua-duanya maju bersama dengan memupuk “perkongsian pintar dan tulen” demi mengembangkan kek ekonomi, berbanding bertelingkah sesama sendiri.
“Saya fikir penting untuk membincangkan jalan membangunkan ekonomi kita dan semua orang bekerja bersama, dan bagi bukan Bumiputera perlu faham kita ada 33 juta orang dan kita kena bersaing di peringkat global,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Kongres Ekonomi Bumiputera.
Pada Isnin, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata kongres itu mensasarkan peningkatan dan pertumbuhan “kek ekonomi” bagi manfaat komuniti itu yang sejajar dengan usaha kerajaan Madani.
Amir berkata, pendekatan inklusif digunakan bagi mendepani isu ekonomi Bumiputera, yang turut melibatkan cabaran dihadapi komuniti lain.
Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan ganti DEB
Ketika ditemui pemberita, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata program Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan bertujuan menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
“Kita tak ganti DEB…dan kita buat transformasi semula.
“…dan kita melihat apa kejayaan telah kita capai termasuklah penubuhan agensi agensi kerajaan itu hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pertama dan kedua tetapi kita ukur semula di mana kejayaan,” katanya.