
Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata operasi pada 12.45 tengah hari itu hasil aduan orang ramai dan risikan pihaknya di sebuah kawasan kediaman semi-D tiga tingkat.
“Siasatan lanjut di lokasi mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen perniagaan sah daripada MBDK.
“Selain itu, ia adalah kediaman yang dijadikan premis perniagaan, seterusnya menyebabkan kesesakan dan ketidakselesaan dalam kalangan penghuni setempat,” katanya menurut Harian Metro.
Pusat rawatan itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu.
Norfiza berkata, satu kompaun dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran Klang) 2013 kerana ia kesalahan serius membabitkan bayi dan ibu bersalin.
“Ia juga boleh mendatangkan risiko sekiranya berlaku kecuaian atau sebagainya.”